1 Mei masih cuti umum Hari Pekerja 2018

PUTRAJAYA: Cuti umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1 Mei seperti tahun-tahun sebelumnya meskipun program sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini ditunda.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program Sambutan Hari Pekerja 2018 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kenyataan kementerian itu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan ekoran laporan yang memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tentang kemungkinan sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan dan mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar', yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

BACA: Hari Pekerja 2018 mungkin tidak disambut 1 Mei - Riot

BACA: Pilihan raya 1 Mei hanya kemungkinan - Richard Riot

Hari Pekerja kebiasaannya diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.

-- BERNAMA



Sumber 1 Mei masih cuti umum Hari Pekerja 2018

Related Posts :

0 Response to "1 Mei masih cuti umum Hari Pekerja 2018"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.