
BAGAN DATUK: Sudah menjadi tradisi hampir setiap tahun bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menziarahi kenalan rapatnya, Beh Song Wan, 55, pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu Hutan Melintang di sini.
Ahmad Zahid tiba jam 10.10 pagi hari ini dengan disambut Song Wan dan ahli keluarganya.
Ahmad Zahid turut bersama-sama keluarga Song Wan menggaul Yee Sang serta meluangkan masa hampir setengah jam untuk bersembang dengan kenalannya itu sambil menikmati juadah makanan disediakan.
Song Wan yang dikenali sebagai Bujang oleh masyarakat setempat berkata, kehadiran Ahmad Zahid amat bermakna untuk dia dan ahli keluarganya kerana sudah beberapa kali menziarahinya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
"Ini adalah kali kelima beliau datang menziarahi rumah saya ketika Tahun Baharu Cina, biasanya sebelum ini beliau datang terus menziarah di kedai sahaja.
"Antara menu yang disediakan adalah kuih muih tradisional yang turut menjadi kegemaran beliau iaitu pulut panggang dan koci selain bihun dan mi goreng," katanya yang sudah mengenali Ahmad Zahid selama hampir 27 tahun.
Seramai kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga turut hadir memeriahkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina berkenaan.
Sumber Zahid ziarah kenalan lama
0 Response to "Zahid ziarah kenalan lama"
Post a Comment