Update: Penembak dikenakan 17 tuduhan bunuh

PARKLAND: Seorang bekas pelajar sekolah tinggi Florida berusia 19 tahun didakwa atas 17 pertuduhan merancang pembunuhan pada Khamis, selepas pihak berkuasa berkata, suspek melakukan serangan dahsyat di sekolah dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Bekas pelajar dikenali Nikolas Cruz itu masuk ke Sekolah Menengah Marjory Stoneman Douglas pada Rabu dan melepaskan tembakan ke arah pelajar dan guru, kata Sherif Broward County, Scott Israel. Polis percaya penyerang bertindak sendirian.

Cruz dijangka hadir di mahkamah tengah hari Khamis untuk perbicaraan ikat jamin, kata jurucakap pejabat peguam negeri, Constance Simmons.

Cruz bersenjatakan raifal AR-15 dan memiliki banyak bekalan peluru ketika menyerah diri kepada pegawai keselamatan di kawasan kediaman berhampiran, kata polis.

Penyerang taksub dengan senjata dan dibuang sekolah atas masalah disiplin yang tidak dinyatakan, kata bekas rakan sekelasnya.

Insiden dalam komuniti sejauh 72 kilometer di utara Miami itu adalah serangan ke-18 di sekolah AS tahun ini, kata kumpulan kawalan senjata, Everytown for Gun Safety dan ia menunjukkan modus operasi membimbangkan berterusan sejak beberapa tahun lalu.

Ia adalah insiden tembakan kedua paling berdarah di sebuah sekolah awam AS selepas pembunuhan beramai-ramai 20 murid darjah satu dan enam pendidik di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada 2012.

Insiden tembakan institusi pendidikan paling berdarah dalam sejarah AS adalah di politeknik Virginia Tech pada 2007 dengan 32 orang maut. -Reuters



Sumber Update: Penembak dikenakan 17 tuduhan bunuh

0 Response to "Update: Penembak dikenakan 17 tuduhan bunuh"

Post a Comment