Beliau berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan memandangkan waktu terdapatnya kekosongan luar jangka itu berlaku telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan.
"Maka kekosongan luar jangkaan itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu SPR secara bertulis akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.BACA: Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia
Menurut Mohd Hashim, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat semalam.
Abdul Manan, 70, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur Isnin lepas (12 Feb) akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Sumber Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR
0 Response to "Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR"
Post a Comment