Selepas rumah disamun, kereta Iqram pula langgar tembok

Kereta milik pelakon Iqram Dinzly rosak akibat terlanggar tembok. — Foto ihsan Instagram/bawaabata merebucksKereta milik pelakon Iqram Dinzly rosak akibat terlanggar tembok. — Foto ihsan Instagram/bawaabata merebucksPETALING JAYA, 24 Feb — Selepas rumahnya dipecah masuk, kereta Iqram Dinzly pula rosak akibat terlanggar tembok.

Pelakon Evolusi KL Drift berkata kejadian berlaku berikutan beliau mengantuk dan penat ketika memandu, lapor mStar Online.

“Satu persatu ujian yang diberi dan semakin ku sedari. Sekiranya jadi maka jadilah ia, usah dipertikaikan lagi kerana semua ini suratan takdir,” katanya.

Selepas memaklumkan rumahnya disamun Rabu lalu, Iqram pada hari sama memuat naik pula foto kereta Honda CRV yang rosak terlanggar tembok di Instagram.

Rumahnya di Damansara dimasuki perompak yang melarikan komputer riba milik arwah bapanya, beberapa jam berjenama, mengakibatkan kerugian RM15,000.



Sumber Selepas rumah disamun, kereta Iqram pula langgar tembok

0 Response to "Selepas rumah disamun, kereta Iqram pula langgar tembok"

Post a Comment