
PARIS: Pendakwah terkemuka, Tariq Ramadan yang ditahan reman di sini, atas tuduhan merogol, dimasukkan ke hospital.
Kumpulan sokongan beliau berkata pendakwah itu dimasukkan ke hospital kerana beberapa masalah kesihatan.
Profesor Universiti Oxford berusia 55 tahun itu yang kini menjalani pemeriksaan perubatan bebas untuk menentukan sama ada beliau perlu ditahan dipenjara sebelum perbicaraan, dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, kata sumber dekat dengan kes.
"Tahap kesihatan beliau semakin teruk, terutamanya sejak hakim menolak mengeluarkan permit lawatan untuk isteri dan anaknya semalam," kata sumber dekat dengan Tariq.
Seorang lagi sumber berkata, beliau sekurang-kurangnya akan berada di hospital hingga hari ini.
Peguam yang mewakili Tariq berkata, anak guamannya berada dalam keadaan tidak sihat untuk ditahan berdasarkan pemeriksaan kesihatan awal pada Selasa lalu.
Tariq berdepan tuduhan merogol individu yang lemah dan beliau ditahan di penjara Fleury-Merogis di sini, sejak 2 Februari lalu.
Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Tariq ditahan sebelum perbicaraan kerana beliau disyaki cuba melarikan diri dan demi mengelakkan tekanan terhadap saksi wanita yang dirahsiakan pengenalannya.
Mahkamah Rayuan Paris mengarahkan pemeriksaan perubatan dilakukan pada Khamis dan menangguhkan perbicaraan ditahan sehingga 22 Februari selepas pendengaran yang berlangsung di dalam ambulans. - AFP
Sumber Pendakwah dituduh merogol masuk hospital
0 Response to "Pendakwah dituduh merogol masuk hospital"
Post a Comment