Jika anda ingin memasarkan produk anda, anda memerlukan langkah startegi promosi yang tepat pada sasaran yang betul.
Dengan adanya strategi promosi bisnes yang tepat, anda pasti tidak akan risau dan pening kepala lagi. Brand awareness pasti berjaya.
Jom kita pelajari 7 teknik memasarkan produk anda dengan mudah dan tepat.
#1-Gunakan Media Sosial
Pegangan media sosial dalam memasarkan sesuatu produk tidak dapat disangkal lagi. Melalui media sosial anda boleh melakukan strategi promosi dengan memperkenalkan brand dan produk yang ingin pasarkan kepada pengguna media sosial.
Melalui metode penggunaan media sosial yang tepat, maka anda akan menjadi ‘lebih dekat’ dengan target market.
#2- Jadi Sponsor

Lihat sahaja bagaimana Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri menjadi penaja bagi program-program berpengaruh dalam memasarkan produk keluaran mereka.
Anda tidak perlu bimbang jika tiada modul yang besar. Anda boleh merangka strategi menaja program-program kecil dahulu bagi memperkenalkan produk anda kepada umum dan pengguna setempat.
#3- Berikan Sample Atau Tester

Kebanyakan pengguna lebih gemar merasai dahulu sesuatu produk untuk mengetahui keberkesanannya. Anda perlu tahu cara untuk beli jiwa pengguna sebelum mereka berjaya menjual keyakinan dalam produk anda.
#4- Target Market

Pentingnya anda merekod setiap jualan yang dijalankan. Dengan adanya datang urusan jual beli akan berlaku dalam keadaan yang sistematik. Anda akan tahu latar belakang pelanggan anda dan secara tidak langsung anda akan memperolehi target market anda yang sebenar.
#5- Tempatkan Produk Di Tempat Yang Betul

Contohnya jika anda ingin membuka kedai char kuey teow anda perlu tahu kawasan strategik yang menjadi tumpuan orang awam dan pada waktu bila kedai anda sesuai untuk orang datang. selalunya kedai begini sesuai pada waktu lewat petang selepas waktu kerja. Pasti ramai pelanggan yang bekerja ingin mencari makanan yang tidak berat untuk dinikmati sebagai makan malam setelah seharian bekerja.
#6- Berikan Intensif

Pelanggan akan rasa gembira dan bersemangat kan untuk rekomen produk anda kepada orang lain pula. Intensif tidak semestinya diberikan secara wang tunai, tapi hadiah atau voucher makan itu juga sudah cukup buat pelanggan anda gembira.
#7- Sambut Hari Pelanggan

Jika anda berjaya membuatkan pelanggan gembira, ianya membuktikan anda berjaya dalam memasarkan produk anda. Buat sehabis baik dalam menghargai sokongan padu mereka dalam memacu produk anda sehingga dikenali.
Sumber Pelajari 7 Teknik Pemasaran Mudah Untuk Letupkan Jualan Anda.

0 Response to "Pelajari 7 Teknik Pemasaran Mudah Untuk Letupkan Jualan Anda."
Post a Comment