Kes terowong: Ahli perniagaan direman enam hari

Seorang ahli perniagaan dalam kes terowong dasar laut di Pulau Pinang direman enam hari di Mahkamah Majistret Putrajaya. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSeorang ahli perniagaan dalam kes terowong dasar laut di Pulau Pinang direman enam hari di Mahkamah Majistret Putrajaya. ― Foto oleh Yusof Mat Isa


PUTRAJAYA, 28 Feb ― Seorang ahli perniagaan direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 5 Mac ini.

Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM, kemudiannya dibawa masuk ke bilik prosiding.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang semalam.

Menurut sumber SPRM, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. — Bernama



Sumber Kes terowong: Ahli perniagaan direman enam hari

Related Posts :

0 Response to "Kes terowong: Ahli perniagaan direman enam hari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.