HARRY Kane menjadi pemain pertama yang mengumpul sembilan gol dalam sembilan penampilan pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas melakukan jaringan ketika Tottenham dan Juventus seri 2-2 di Turin.
Pemain berusia 24 tahun itu meledak gol pertama pasukannya sebelum Christian Eriksen memastikan keputusan penting dalam perlawanan pertama pusingan 16, selepas dua gol Gonzalo Higuain meletakkan Juve 2-0 di depan.
Kane mengumpul sembilan gol, mengalahkan rekod bersama dipegang oleh Ronaldinho, Simone Inzaghi, Didier Drogba dan Diego Costa, yang menjaringkan lapan gol dalam sembilan penampilan pertama mereka.
Gol itu turut membawa Kane menyamai koleksi jaringan bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, dengan tujuh gol dalam satu kempen untuk pemain Inggeris, yang dicipta pada musim 2008-09.
Rekod tanpa kalah Juve di tempat sendiri menentang pasukan England kini melebar kepada enam perlawanan Liga Juara-Juara, tetapi ia kegagalan pertama mereka memenangi aksi dalam pertandingan itu selepas mendahului dua gol atau lebih.
Pada April 1999, pemenang kejohanan iaitu Manchester United bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menuntut kemenangan 3-2.
Kekalahan itu adalah di stadium lama di Stadio delle Alpi, membuat keputusan seri itu yang pertama Juve gagal memanfaatkan kelebihan dua gol di Stadium Allianz dalam sebarang pertandingan.
Sumber
Kane cipta sejarah Liga Juara-Juara
Related Posts :
“Sayang nak balik kampung ke nak pindah? Masukkan tong gas sekali. Dapur almari…”
“Sayang nak balik kampung ke nak pindah? Masukkan tong gas sekali. Dapur almari…”
Kemas baju macam nak pindah? Indah dan tak sabar nak … Read More...
“Ingatkan kereta rosak, rupanya dikhianat orang ketika berhenti di RNR” – Perhatian kepada semua yang nak balik kampung, tolong hati-hati!
“Ingatkan kereta rosak, rupanya dikhianat orang ketika berhenti di RNR” – Perhatian kepada semua yang nak balik kampung, tolong hati-hati!… Read More...
Telefilem 16 Puasa, ketengahkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, yang pastinya cerita ni best gila! Kena tengok!
Telefilem 16 Puasa, ketengahkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, yang pastinya cerita ni best gila! Kena tengok!
Filem, drama, ma… Read More...
“Dia jawab komen pelanggan, ‘Sudah-sudahlah menyalak macam Hanjeng kat sini’. Korang rasa?” – Pelanggan berang butik terkenal gagal siapkan baju raya
“Dia jawab komen pelanggan, ‘Sudah-sudahlah menyalak macam Hanjeng kat sini’. Korang rasa?” – Pelanggan berang butik terkenal gagal siapka… Read More...
“Jangan sekali-kali kau pertikai macam mana isteri kemas beg” – Itu tugasan paling mencabar bagi seorang isteri
“Jangan sekali-kali kau pertikai macam mana isteri kemas beg” – Itu tugasan paling mencabar bagi seorang isteri
Jangan kau pertikai apa… Read More...
0 Response to "Kane cipta sejarah Liga Juara-Juara"
Post a Comment