Foto: Facebook/@gapmalaysia
Jenama fesyen terkemuka Amerika Syarikat, Gap akan melabuhkan operasi jenamanya di Malaysia dengan penutupan butik Gap di The Gardens.
Terdahulu, dua butik Gap Pavilion dan Queensbay Mall telah pun ditutup. Membuat pengumuman di laman Facebook rasmi mereka, penutupan ini turut melibatkan GapKids.
Gap mahu menutup lebih 200 butik di seluruh dunia yang ‘tidak menguntungkan’ termasuk di Malaysia. Penutupan ini bertujuan untuk mengimbangkan pasaran Gap di seluruh dunia.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua peminatnya di Malaysia, Gap mengadakan jualan murah sehingga 80% di dua cawangan mereka iaitu di Pavilion dan One Utama.
Persaingan antara jenama lain seperti Uniqlo dan H&M juga turut menyumbang kepada penutupan butik Gap di Malaysia.
Gap Inc akan mula mengembangkan pasaran jenama Old Navy dan Athleta yang ternyata lebih mampu milik dan laku dimana butik Old Navy ini sudah mula berada di One Utama.
Sumber: The Vocket
Sumber Jenama 'GAP' Ucap Selamat Tinggal, Bakal Tutup Operasi Di Malaysia
0 Response to "Jenama 'GAP' Ucap Selamat Tinggal, Bakal Tutup Operasi Di Malaysia"
Post a Comment