“Ingatkan batu jatuh, rupanya..” – Ular sawa 20 kaki gemparkan penduduk kampung

JOHOR BAHRU – “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor ular sawa sepanjang 20 kaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, dekat sini, petang semalam.

Mohd Noor Irfan Mohd Faizal, 15, berkata dia dan ayahnya, Mohd Faizal Othman, 50, sedang  mengangkat kelapa sawit bersama ayahnya dan kemudiannya terdengar bunyi kocakan air di sebuah perigi lama berhampiran tempat mereka bekerja.

“Masa tu dalam pukul 5 petang, saya tengah teman tolak kelapa dengan ayah sebelum terdengar bunyi air macam ada benda besar jatuh dalam perigi. Ingatkan batu jatuh tetapi bila tengok dekat, baru nampak ular besar tengah melingkar.

“Ingatkan batu jatuh, rupanya.." - Ular sawa 20 kaki gemparkan penduduk kampung

“Ingatkan batu jatuh, rupanya..” – Ular sawa 20 kaki gemparkan penduduk kampung

“Mula tengok tu memang ada rasa takut, kemudian ayah pun panggil kawan-kawan dan penduduk kampung untuk angkat dan tarik ular tu keluar,” katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu.  

Salah  seorang penduduk, Syahrul Karim, 22, berkata ular berkenaan berjaya dikeluarkan selepas dijerut dan ditarik seramai tujuh orang penduduk kampung.

“Memang berat tapi sebab ramai yang tarik, jadi masa nak keluarkan ular tu dari dalam perigi itu tak lama,”  katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipercayai sarang reptilia berkenaan dan seringkali dilihat meninggalkan jejak.

“Itu memang kawasan dia sebab makanan dia semua dia tarik masuk dalam perigi. Cuma kali ini baru pertama kali dapat nampak dan terus dapat tangkap. Ini pun bukan kali pertama penduduk kampung nampak ular ni,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 6 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai lima anggota telah digerakkan dengan sebuah lori dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. Apabila sampai, benar ada seekor ular sawa yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung,” kata.

Menurut Sharol, berat ular sawa berkenaan dianggarkan lebih 80 kilogram.

Pihaknya telahpun menghubungi Jabatan Perhilitan dan Zoo Negeri Johor bagi menempatkan haiwan berkenaan. – Bernama

 Sumber: Sinar


Sumber “Ingatkan batu jatuh, rupanya..” – Ular sawa 20 kaki gemparkan penduduk kampung

0 Response to "“Ingatkan batu jatuh, rupanya..” – Ular sawa 20 kaki gemparkan penduduk kampung"

Post a Comment