Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang - Sumber

KUALA LUMPUR: Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.

Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, sukar untuknya menanyakan perkara yang menyentuh hal peribadi Sufian, namun jika benar 'putus', mengapa cincin tidak dipulangkan? kata Sufian kepada sumber itu.

"Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya," kata sumber itu lagi.

BACA: "Its complicated!" - Sufian Suhaimi enggan ulas status pertunangan dengan Elfira Loy

BACA: "Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik" - Sufian


 

Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Terakhir' itu khabarnya  tetap menerima dan meneruskan persembahan nyanyian di beberapa lokasi, antaranya Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.

BACA: Dikatakan sombong? Ini respon Elfira Loy...

BACA: Sebak, terima kasih Ya Allah - Elfira Loy

Namun sumber itu berkata jika ditakdirkan masih ada jodoh antara kedua-duanya, mereka tetap akan disatukan juga satu hari nanti.



Sumber Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang - Sumber

Related Posts :

0 Response to "Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang - Sumber"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.