Buat 120 Juta Peminat 'Kentut' Di Seluruh Dunia, Penganjur Minta Maaf Sebab Tunggu Lama

Buat 120 Juta Peminat 'Kentut' Di Seluruh Dunia, Penganjur Minta Maaf Sebab Tunggu Lama

Jepun mencatat jumlah pelancong asing tinggi seramai 28.69 juta pada tahun lalu termasuk menganjurkan acara pelik seperti festival kentut. (Gambar: atimes.com)

Tahukah anda bahawa masa telah mengubah persepsi masyarakat antarabangsa terhadap negara sebelah timur? Contoh paling mudah untuk menerangkan kenyataan ini adalah melihat kepada destinasi percutian idaman bagi masyarakat.

Jika beberapa tahun dulu, ramai akan memilih negara barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman atau Itali tetapi kini destinasi di sebelah timur seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Thailand pula semakin meningkat dari sudut populariti.

Malah, tren ini turut sama terjadi dalam kelompok masyarakat Malaysia di mana semakin ramai rakyat negara ini membelanjakan wang untuk melawat negara-negara tersebut.

MARI KITA PERGI MELAWAT JEPUN

Pada tahun 2017, negara yang dikenali sebagai 'Negara Matahari Terbit' iaitu Jepun telah mencatatkan rekod kedatangan pelancong yang tertinggi di dalam sejarah mereka. Seramai 28.69 juta pelancong asing melawat negara tersebut pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 19.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan lagi adalah angka yang menunjukkan jumlah pelancong ke Jepun meningkat selama enam tahun berturut-turut.

“Pada tahun 2017, terdapat peningkatan yang mendadak dalam kalangan pelancong Asia ke negara ini dan kami akan melipat gandakan usaha untuk memikat pelancong dari lebih banyak negara dan agama,” ujar Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Keiichi Ishii.

Kerajaan Jepun menyasarkan peningkatan sehingga 40 juta pelancong pada tahun 2020 kerana pada tahun tersebut mereka akan menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik di bandar raya Tokyo.

Bagi mencapai tujuan tersebut, Jepun bakal menganjurkan beberapa acara unik bagi memikat lebih ramai pelancong ke negara tersebut.

KALAU MUKA CANTIK BUAT APA PUN ORANG SUKA

Ia bukan suatu yang pelik apabila acara seperti festival kentut diadakan di Jepun.

Penduduk Jepun sememangnya sudah diketahui ramai tentang keletah pelik mereka. Walaupun ia mungkin dianggap kebiasaan perkara pelik berlaku di sana, masih terbit perasaan terkejut apabila mendengar mengenai suatu perayaan yang bakal diadakan di wilayah Shinjuku, Tokyo pada hujung minggu ini.

Berharap menarik lebih ramai pelancong, Jepun bakal mengadakan pesta yang dikenali sebagai “Mari Semua Kita Mendengar Kentut Dari Wanita Cantik bahagian 2” pada tanggal 3 Mac ini.

Seandainya anda tertanya mengapa terdapat 'bahagian 2' pada nama pesta tersebut, ketahuilah bahawa bahagian pertama telahpun berlaku sekitar empat bulan yang lalu.

“Buat kesemua 120 juta peminat kentut di seluruh negara, kami mohon maaf kerana membuatkan anda menunggu terlalu lama,” ujar seorang jurucakap buat acara tersebut.

“Lefkada Shinjuku adalah satu-satunya tempat di dunia di mana anda boleh merangsang deria lihat dan bau anda melalui wanita-wanita cantik yang bakal melepaskan kentut dalam pelbagai gaya.

“Kepelbagaian gaya kentut seperti kentut sambil memakai pakaian harian, kentut sambil menggayakan pakaian renang dan tidak ketinggalan kentut sambil mengenakan kostum 'cosplay' (gaya seolah-olah watak animasi, komik, permainan video, dan lain-lain) yang pasti akan merangsang deria lihat dan bau anda!," tambahnya lagi.

Bagi menghangatkan upacara tersebut, pihak penganjur menjemput tiga pelakon filem dewasa yang terkenal di Jepun iaitu Miu Akemi, Tomoka Akari dan Saiko Yatsuhasi untuk membuat penampilan istimewa.

Turut sama bakal diadakan adalah suatu pertandingan menyanyi rap yang istimewa. Syarat unik untuk pertandingan ini adalah setiap ayat dalam lirik rap yang diungkapkan oleh peserta perlu diakhiri dengan kentut.

“Sila ketahui bahawa bergantung kepada keadaan fizikal setiap peserta, terdapat kemungkinan bahawa kentut tidak akan keluar,” ujar kenyataan media dari pihak penganjur.

Pesta ini dianjurkan bersempena dengan Hari Gadis Kebangsaan dan ia adalah sebahagian daripada perayaan Hinamatsuri bertujuan meraikan gadis muda memasuki alam dewasa.

Tiket untuk upacara istimewa ini hanya dijual pada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dan ditetapkan harga sebanyak 4,000 Yen (RM146.76) bagi pembelian awal dan 4,500 Yen (RM165.10) bagi pembelian biasa.

BUANG ANGIN BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA

Pesawat Transavia Airlines Flight HV690 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Vienna, Austria baru-baru ini.

Agak melucukan cerita mengenai pesta “Mari Semua Kita Mendengar Kentut Dari Wanita Cantik bahagian 2” bukanlah satu-satunya berita yang dilaporkan pada bulan ini mengenai perbuatan membuang angin.

Beberapa media antarabangsa juga melaporkan kejadian di mana bau kentut yang busuk dari seorang penumpang telah mengakibatkan sebuah kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Pada 11 Februari lalu, pesawat Transavia Airlines Flight HV690 sepatutnya melakukan penerbangan terus dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Amsterdam, Belanda tetapi sebaliknya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Vienna, Austria.

Ianya berpunca daripada bau kentut seorang penumpang lelaki penerbangan tersebut yang mencetuskan pergaduhan di atas kapal terbang itu.

Dua orang lelaki lain yang duduk bersebelahan dengan penumpang tersebut tidak tahan dengan aroma busuk yang menusuk hidung mereka lalu merayu penumpang tadi agar tidak lagi membuang angin.

Malangnya, permintaan mereka seolah-olah tidak diendahkan dan penumpang tersebut terus 'menyeksa' deria bau mereka apabila berkali-kali kentut selepas itu.

Kedua lelaki tersebut kemudiannya mengadu kepada krew penerbangan tetapi tiada tindakan susulan yang diambil. Malah, kapten penerbangan memberi amaran kepada mereka kerana bersikap kasar.

Akhirnya, satu pergaduhan tercetus dan kapal terbang tersebut terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Dua lelaki tadi bersama dua wanita lain yang duduk di barisan kerusi yang sama diturunkan dari penerbangan.

Apa yang pelik, lelaki yang membuang angin berkali-kali itu pula dibenarkan untuk terus berada di atas kapal terbang. Dua wanita yang diturunkan itu kini sedang di dalam proses menyaman syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

“Kami tiada kena mengena dengan kekacauan itu. Kami menjauhkan diri darinya dan tidak tahu menahu siapa lelaki ini.

"Kami tidak membuat apa-apa dan agak bernasib malang kerana berada pada barisan kerusi yang sama dengan mereka," kata penumpang wanita berkenaan.
 



Sumber Buat 120 Juta Peminat 'Kentut' Di Seluruh Dunia, Penganjur Minta Maaf Sebab Tunggu Lama

0 Response to "Buat 120 Juta Peminat 'Kentut' Di Seluruh Dunia, Penganjur Minta Maaf Sebab Tunggu Lama"

Post a Comment