Video tersebut merakamkan adegan beliau bersama anaknya yang terus melayan pertanyaan bapanya tentang umur dirinya tahun ini.
Pada mulanya, warga tua ini menyangka umurnya baru sahaja mencecah 79 tahun, namun apabila anaknya berkata ia lebih tinggi dari itu, bapanya menjawab '89 tahun'.Lebih mencuit hati apabila anaknya menjawab umurnya lebih dari itu, warga tua itu mula menghitung, "89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97,98?" dengan wajah yang keliru sambil menantikan jawapan daripada anaknya.
Lelaki itu seakan tidak percaya dan tidak mengakui umurnya 98 tahun ini, dan berkata angka itu "sangat tua" dan bertanya bagaimana dia boleh mencapai umur tersebut.
Difahamkan, lelaki itu dilahirkan pada tahun 1919 dan kini berumur 99 tahun apabila tiba musim panas nanti.
Sumber 'Benarkah saya berusia 98 tahun?'
0 Response to "'Benarkah saya berusia 98 tahun?'"
Post a Comment