Bas takut SPAD, ratusan penumpang terkandas di KL

Penumpang sedang menaiki sebuah bas ekspres di terminal Jalan Duta di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2017. — Foto oleh Mukhriz Hazim Penumpang sedang menaiki sebuah bas ekspres di terminal Jalan Duta di Kuala Lumpur pada 27 Disember 2017. — Foto oleh Mukhriz Hazim KUALA LUMPUR, 16 Feb — Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina  terkandas beberapa jam malam tadi apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta di sini seperti yang dijadualkan.

Ini dipercayai  gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus besar kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pemeriksaan bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu yang ditetapkan sejak 8 malam.

"Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain," katanya pada sidang media mengenai operasi itu di hentian berkenaan.

Che Hasni berkata Op Serkap dari 9 hingga 25 Februari itu dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres.

Katanya, setakat ini, SPAD telah mengeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesalahan, selain menyita lima kenderaan, termasuk bas dan teksi.

Ketika dihubungi kemudian, Che Hasni berkata enam bas muncul selepas 11 malam.

Pembantu di sebuah  klinik pergigian di Jinjang, Suffi Liyana Subian, 24, berkata bas yang dijadual tiba pada 8.30 malam tidak muncul untuk membawanya pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Penumpang itu berkata beliau membeli tiket bas berkenaan secara dalam talian dua hari lepas pada harga RM60 dan ini pertama kali beliau mengalami kejadian sedemikian. — Bernama



Sumber Bas takut SPAD, ratusan penumpang terkandas di KL

Related Posts :

0 Response to "Bas takut SPAD, ratusan penumpang terkandas di KL"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.