Anis Al-Idrus Tegur Sikap Netizen Suka Beri Komen Negatif

Baru-baru ini Anis Al Idrus menerusi akaun Instagram miliknya, menegur sikap sesetengah netizen yang tidak menghormati dan tidak berpuas hati dengan apa sahaja yang dibuat oleh golongan selebriti termasuk dirinya.

"Bila tidak ditunjukkan kemewahan, dikatanya tak ada duit. Bila ditunjukkan kemewahan, dikatanya ‘show off’ (menunjuk). Bila dah semula jadi, dikatanya buat-buat. Jadi apa yang anda mahukan sebenarnya?

"Pernah dengar perkataan ‘hormat’ or ‘respect’?

"Ada orang tak suka show off walaupun ada. Ada orang show off sebab rasa macam menghargai diri sendiri dapat beli itu dan ini.

"Ada orang suka sederhana walaupun ada kereta Ferrari. Ada orang show off, walaupun menyewa. Itu hak masing-masing," tulisnya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Tambah pengacara Serambi Pencetus Ummah ini lagi, apa yang diluahkannya itu bukan kerana terasa, atau marah, atau melatah, sebaliknya pelik dengan sikap sesetengah orang yang suka memberi komen negatif.

"Anda yang suka memberi komen negatif ini, anda tidak gembira dengan kehidupan anda. Betul tak?" ujarnya.

Tidak mahu dikelilingi dengan mereka yang bersikap negatif, Anis berkata, dia sudah mengambil tindakan untuk memadam dan menyekat mereka daripada mengikuti perkembangannya.

"Untuk anda yang bersikap positif, saya menyanyangi anda," katanya.



Sumber Anis Al-Idrus Tegur Sikap Netizen Suka Beri Komen Negatif

0 Response to "Anis Al-Idrus Tegur Sikap Netizen Suka Beri Komen Negatif"

Post a Comment