KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 10 kenderaan mewah disyaki kenderaan klon yang diletakkan di tempat letak kereta Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi satu kenyataan berkata dalam operasi pukul 10 malam itu, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 40-an yang memandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire di tempat letak kereta itu.
"Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan sembilan kunci kereta yang diletakkan di dalam begnya.
"Soal siasat mendapati kesemua kunci tersebut milik sembilan buah kenderaan lain yang diletakkan berhampiran Toyota Vellfire yang dipandu suspek," kata kenyataan itu.
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Vellfire, Toyota Estima, Nissan Frontier, Toyota Vios dan Nissan Urvan.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kenderaan ini menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu.
"Kenderaan-kenderaan ini dipercayai digunakan untuk tujuan sewaan kepada orang ramai. Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Sumber
Polis tahan lelaki, rampas 10 kenderaan klon di TBS
Related Posts :
Pasangan beli tiket wayang ‘couple seat’ perlu tunjuk sijil nikah sebagai bukti sudah kahwinMajlis Daerah Perak Tengah memaklumkan pasangan yang ingin menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’ bagi menonton wayang di pawagam L… Read More...
“Saya hanya bantu siasatan, tidak direman. Saya dipergunakan syarikat pelaburan tidak sah itu” – Adlin Aman RamliPelakon Adlin Aman Ramli, 44, mendakwa dia hanya disoal siasat oleh pihak polis bagi membantu siasatan, bukannya ditahan reman seperti heboh… Read More...
Penduduk cemas buaya berjemur atas pantaiKehadiran seekor buaya yang berjemur di persisir Pantai Lasiana, Kecamatan Kelapa Lima, Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT), petang semal… Read More...
“Nak beristeri ramai, jangan suka menipu” – Datuk Red, suami Adira
“Jangan menipu isteri”, itu pesanan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red kepada mana-mana lelaki yang punya keinginan untuk tambah ‘cawan… Read More...
“Biar Adira rasa apa yang saya rasa, saya kenal Dato Red sejak dia hanya pemandu lori sayur” – Datin RedBerkahwin ketika usianya 19 tahun, madu kepada penyanyi Adira mendedahkan dia sebenarnya sudah masak benar dengan perangai suaminya, Datuk S… Read More...
0 Response to "Polis tahan lelaki, rampas 10 kenderaan klon di TBS"
Post a Comment