Pas tidak boleh meneruskan agenda memperdayakan masyarakat dengan ilusi mereka yang tidak berasas, kata Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.
Menurutnya, Pas nampaknya masih terus berilusi dengan politik khayalan memandangkan amat mustahil dengan sasaran minima menang 40 kerusi, Pas mampu membentuk sebuah kerajaan tanpa sokongan parti lain.
“Umum mengetahui sebuah parti hanya boleh membentuk sebuah kerajaan di peringkat Persekutuan bila sekurang kurangnya mendapat sokongan majoriti 112 ahli Parlimen (simple majoriti).
“Bila Pas mendakwa mengganti Umno, dalam masa yang sama Pas memusuhi dan menolak kerjasama dengan Pakatan, maka dengan parti manakah Pas bakal menjadi rakan kerjasama?”katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesahkan parti itu mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara, PRU akan datang. Sasaran tersebut diletakkan bagi memastikan Pas dapat menjadi kerajaan, bukan lagi sebuah parti pembangkang.
Che Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Pas sehingga kini tidak berani membuat dakwaan bahawa gabungan mereka dalam Gagasan Sejahtera sebagai bakal membentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan.
Sumber
Pas perlu berhenti berkhayal
Related Posts :
Ibu leka mengemas barang jualan, anak sesat ditemui merayau-rayau di pasarayaAkibat leka mengemas barangan jualan, seorang wanita tidak menyedari anak perempuannya tersesat di sebuah pasar raya di Semenyih di sini, ke… Read More...
Penasihat undang-undang Suu Kyi yang juga merupakan pemimpin Islam terkemuka di Myanmar maut ditembak
U Ko Ni, 65, penasihat undang-undang kepada pemimpin Myanmar, Daw Aung San Suu Kyi, telah ditembak mati ketika berada di Lapangan Terbang … Read More...
Pemilik diarah memindahkan atau membuka binaan tokong menyerupai kubah masjidMajlis Perbandaran Klang (MPK) mengakui pembinaan sebuah tokong kecil yang menyerupai kubah masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bukit Raja seper… Read More...
Kesian pakcik ni, manusia busuk hati fitnah dakwanya jual mee siput tak halalSEPERTI sudah menjadi satu penyakit keturunan dalam diri setiap manusia, penyakit ‘busuk hati’ akan semakin terserlah apabila manusia t… Read More...
Ais krim berperisa nasi lemak kini di Alor Setar! Anda berani mencubanya?Dek kerana rakyat Malaysia yang memang sukakan makanan nasi lemak, maka jangan terkejut apabila telah wujud aiskrim berperisan makanan terse… Read More...
0 Response to "Pas perlu berhenti berkhayal"
Post a Comment