KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah tapak pesta dalam video yang viral di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek ditahan jam 3 petang tadi selepas pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit sebelum itu datang ke rumah keluarganya dan meminta kebenaran untuk membawa kanak-kanak itu keluar membeli makanan.
Mangsa hanya dihantar pulang ke rumah oleh suspek kira-kira jam 1 pagi. Ibu mangsa yang menyedari perbuatan suspek melalui klip video yang tersebar sebelum tampil membuat laporan polis pada pukul 12.43 tengah malam tadi.
Susulan laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda jam 2.50 pagi semalam, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan kesihatan.
Saifi berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan keluarga mangsa, kecuali sebagai kenalan.
Sumber
Lelaki keji cabul kanak-kanak ditangkap
Related Posts :
Neelofa tak puas hati dengan wartawan metro, nasi tambah isu orang ketiga dengan Fattah Amin
Neelofa tak puas hati dengan wartawan metro
Seperti yang dilaporkan Harian Metro semalam, wujud orang ketiga dalam hubungan Neelofa dan Fa… Read More...
Wanita diseksa, dipukul, ditikam 5 kali, digari dan dikurung 3 hari oleh seorang polis
Seorang penuntut yang sedang mengikuti pengajian sarjana di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor mengalami trauma sele… Read More...
Pemenang lelong tak sampai hati, serah balik rumah ke pemilik asal walau dah bayar deposit RM44,500Apabila Lee Hui Sen menghadiri sesi lelongan rumah yang ditarik oleh bank, beliau menyukai sebuah rumah teres dua tingkat dan membida sebany… Read More...
Ini Luahan Hati Isteri Kedua Rahim Sepahtu, Dedah Mengapa Dia Kahwini RahimIsteri Kedua Rahim Sepahtu Dedah Mengapa Dia Kahwini Rahim
Kini Rahim telah mengesahkan dia telah berkahwin dua.Isteri keduanya bernama L… Read More...
Fenomena Nasi Air Dingin kini menu waktu malamBAGAIKAN ledakan fenomena baharu, nasi berlauk yang biasanya menjadi hidangan sarapan, kini beralih sebagai menu waktu malam.
Fenomena itu m… Read More...
0 Response to "Lelaki keji cabul kanak-kanak ditangkap"
Post a Comment