Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa halangan. — Foto BernamaSHAH ALAM, 12 Dis — Dewan Diraja Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah memulangkan darjah dan bintang kebesaran Selangor masing-masing kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis lepas.
Menurut kenyataannya hari ini, baginda berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran negeri itu tanpa halangan.
"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah-darjah dan Bintang-bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan Dr Mahathir telah memulangkan dua darjah kebesaran yang diterima beliau daripada Sultan Selangor, termasuk anugerah tertinggi negeri itu.
Dr Mahathir, kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menerima dua darjah kebesaran daripada Sultan Selangor ketika itu, iaitu pada 1978 dan 2003.
Satu daripadanya ialah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) (Kelas Pertama).
Pemulangan pingat itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan kemurkaan istana berhubung kenyataan Dr Mahathir tentang masyarakat Bugis.
Siti Hasmah turut mengikut jejak langkah suaminya dengan memulangkan dua darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh negeri itu. — Bernama
Sumber Sultan Selangor berkenan Tun M pulangkan darjah kebesaran
0 Response to "Sultan Selangor berkenan Tun M pulangkan darjah kebesaran"
Post a Comment