Sedia Dikecam Kerana Berkemban

Pelakon cantik yang namanya semakin meningkat naik, Hannah Delisha sudah bersedia andai dikecam berkemban dalam filem terbaharunya berjudul Langsuir.

Dalam filem arahan Osman Ali itu, pelakon berusia 21 tahun itu sekali lagi bergandingan dengan pelakon Syafiq Kyle selepas drama Mencintaimu Mr. Photographer.

"Ada dua babak yang agak seksi iaitu babak berkemban ketika mandi dan juga babak Syafiq menyiram air ke atas diri saya.

"Namun begitu, sebelum babak tersebut dilakukan saya ada menyuarakan pendirian agar pakaian kemban yang tersarung tidak menampakkan lurah dada dan juga paha. Sementara babak Syafiq menyiram air pula, ketika itu saya memakai baju.

"Tetapi saya sudah bersedia andai babak tersebut mengundang perdebatan kerana berkemban atau tidak pastinya ada mata hati mereka yang tidak bersetuju,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Dalam pada itu, Hannah mengakui dia gementar dan dalam masa sama teruja kerana ini kali pertama dia diberi kepercayaan sebagai heroin filem.



Sumber Sedia Dikecam Kerana Berkemban

Related Posts :

0 Response to "Sedia Dikecam Kerana Berkemban"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect