JOHOR BAHRU: Penggunaan sampel rambut dilihat sebagai langkah efektif bagi mengesan pengambilan dadah dalam kalangan pegawai, anggota polis serta pegawai baharu bermula tahun depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata, ini kerana rambut adalah anggota kekal yang tidak mudah berubah berbanding air kencing.
Menurutnya, rambut juga dapat mengesan penggunaan dadah jenis organik biarpun dalam tempoh yang lama.
"Ujian mengesan dadah ini memang sentiasa dilakukan kepada anggota polis yang baharu, Cuma cara kita hendak menguji berbeza. Dahulu kita menggunakan air kencing, sekarang ini kita hendak menggunakan rambut.
"Jika seseorang mengambil dadah contoh dadah organik, dia akan tinggal dalam badan selama tempoh berbulan-bulan dan kesan dadah ini juga ada pada rambut selain tidak akan hilang kerana menjadi sebahagian daripada tubuh pengambil dadah tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Fiesta Sukan Rakyat Parlimen Pulai di Hospital Permai Kempas, Johor Bahru, Johor.
Pada Jumaat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang menggunakan contoh rambut bagi mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pegawai, anggota dan anggota baharu yang akan menyertai pasukan itu.
BACA: Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Sumber
Sampel rambut langkah efektif kesan dadah - Nur Jazlan
Related Posts :
Ramai Tertanya-Tanya Mana Pergi Ayah Puteri Balqis, Ini Reaksi Nabila Huda
Sejak hujung minggu baru-baru ini, kisah tentang pelakon cilik Puteri Balqis mendapat perhatian ramai netizen selepas dia muncul dalam ran… Read More...
Kementerian Pendidikan Kaji Semula Pelaksanaan Kasut, Stoking Warna Hitam
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara beransur-ansur pada sesi p… Read More...
Ini Cara Untuk Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Mulai Esok
Seperti diketahui pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu kerajaan mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau le… Read More...
Ustaz Saran Baca, Hafaz Doa Hindari Bencana, Wabak Influenza
Musim penyakit Inluenza ini sedikit membimbangkan mak ayah, terutama yang ada anak kecil, yang sakit, daya tahan penyakit lemah, orang tua… Read More...
Terpaksa Jalan Kaki Balik Kelantan, Pakcik Ditipu Rakan Janji Kerja Tukang Cuci Di KL
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu kerap kali terlintas difikiran kita apabila melihat seseorang yang sedang d… Read More...
0 Response to "Sampel rambut langkah efektif kesan dadah - Nur Jazlan"
Post a Comment