Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas penyanyi kurang dikenali semalam kerana tidak senonoh selepas muncul dalam video muzik cuma berpakaian dalam dan memakan pisang dengan gaya lucah.
Lagu Shyma bertajuk ‘I have issues’ mencetuskan kontroversi di media sosial di negara itu.
Penyanyi wanita berkenaan, yang didenda 10,000 pound Mesir (RM2,284) boleh mengemukakan rayuan di mahkamah tinggi.
Pengarah video berkenaan juga didenda dan dijatuhi hukuman dua tahun penjara, tetapi tanpa kehadiran.
Kedua-dua defendan dituduh berkelakuan tidak senonoh dan menghasilkan video yang menjejaskan moral awam.
Shyma, atau nama sebenarnya Shaimaa Ahmed, ditahan pada 18 November lalu sebelum dirujuk kepada pendakwa untuk disiasat.
Beliau menafikan tuduhan itu, berkata pengarah memasukkan adegan kontroversi itu tanpa persetujuannya. – Reuters
Sumber: BH Online
Sumber Penyanyi dipenjara gara-gara makan pisang sambil berbaju dalam
0 Response to "Penyanyi dipenjara gara-gara makan pisang sambil berbaju dalam"
Post a Comment