Peminat sanggup jual organ, rompak bank untuk beli tiket konsert Taylor Swift!

SEORANG peminat mendedahkan dia sanggup untuk menjual organnnya serta merompak bank  untuk  menonton konsert jelajah Taylor Swift, Reputation US Tour pada 8 Mei tahun depan.

Peminat setia Taylor Swift itu menerusi akaun Twitternya memberitahu dia sanggup buat apa sahaja termasuk menjual kereta dan membuat pinjaman bank untuk membeli tiket konsert tersebut.

Tiket-tiket sudah mula dijual dan ia menimbulkan kekecohan kerana ramai peminat merungut disebabkan harga tiket konsert penyanyi itu kali ini dianggap terlalu mahal.

Tiket dijual bermula dengan harga AS$800 (RM3,260) untuk zon 'Snake Pit' manakala untuk zon VIP berharga AS$1500 (RM6,112) dan tiket di zon lain AS$500 (RM2,037).

Meskipun harga tiketnya terlalu mahal, namun ia tidak membantutkan hasrat rata-rata Swifties (gelaran untuk peminat) mahu menonton konsert bintang berpengaruh itu.

Malah peminat nampaknya sanggup melakukan apa saja termasuklah menggunakan semua duit simpanan untuk membeli tiket konsert tersebut.

Sumber: Hollywood Life



Sumber Peminat sanggup jual organ, rompak bank untuk beli tiket konsert Taylor Swift!

0 Response to "Peminat sanggup jual organ, rompak bank untuk beli tiket konsert Taylor Swift!"

Post a Comment