MUNGKIN menyangka boleh masuk ke bilik hotel dengan memanjat beranda seperti dalam filem, pelancong Russia maut tercucuk besi tajam selepas terjatuh ketika memanjat beranda di tingkat empat sebuah hotel di Pattaya, Thailand.
Menurut laporan Daily Mail, lelaki itu dilaporkan pulang ke hotel pada 4 pagi (waktu tempatan) namun mendapati kunci biliknya hilang.
Dia kemudian mengejut tetamu di bilik sebelah dan memanjat beranda untuk masuk ke biliknya.
Bagaimanapun, ketika cuba melintasi besi penghalang yang memisahkan beranda antara dua bilik itu, dia itu tergelincir lalu terjatuh.
Lebih mengerikan dia terjatuh ke atas besi tajam.
Menurut beberapa saksi, dalam keadaan tergantung tercucuk pada besi itu, lelaki berkenaan menjerit meminta tolong sebelum pengurusan hotel menghubungi pihak berkuasa.
Anggota penyelamat yang tiba sejam selepas itu, mengikat lelaki itu dengan tali bagi mengelak dia terjatuh serta memberinya oksigen.
Kren terpaksa digunakan bagi menurunkan lelaki itu sebelum dia dihantar ke Hospital Peringatan Pattaya.
Namun, lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat kerana kehilangan banyak darah.
Sumber: Harian Metro
Sumber Pelancong Rusia maut tercucuk besi terjatuh ketika memanjat hotel kerana hilang kunci
0 Response to "Pelancong Rusia maut tercucuk besi terjatuh ketika memanjat hotel kerana hilang kunci"
Post a Comment