Khalid Ibrahim ikrar bantu Umno rampas Selangor PRU14

Tan Sri Khalid Ibrahim akan membantu Umno merampas semula kerusi-kerusi Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. — Foto oleh Choo Choy MayTan Sri Khalid Ibrahim akan membantu Umno merampas semula kerusi-kerusi Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas Menteri Besar Selangor mengumumkan dirinya akan membantu Umno merampas semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14).

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas pemimpin PKR yang disingkirkan pada 2014, berkata beliau akan membantu Umno tanpa menyertai mana-mana parti politik.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Umno Selangor demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya dalam sidang media selepas hadir ke konvensyen Umno negeri di PWTC hari ini.

Enggan bertanding mana-mana kerusi lagi, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata dirinya juga akan membantu memenangkan PAS.

Katanya dengan menjadi wakil bebas dapat membantu dirinya menyampaikan mesej lebih baik kepada rakyat Selangor.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber Khalid Ibrahim ikrar bantu Umno rampas Selangor PRU14

0 Response to "Khalid Ibrahim ikrar bantu Umno rampas Selangor PRU14"

Post a Comment