Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, jika betul wujud unsur penyelewengan dalam isu berkenaan, dalang yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
"Kita beri kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis dan berharap ia akan diselesaikan secara segera kerana ia tidak sihat untuk Felda serta kerajaan.
"Kalau wujud manipulasi atau penipuan mereka terlibat pasti akan dihadapkan ke mahkamah.
BACA: Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kes Felda
BACA: 'Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda' - Shahrir
BACA: Felda yakin dapat kembali hak milik tanahnya di Jalan Semarak
BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
Dalam pada itu, beliau juga percaya kemelut yang melanda Felda ketika ini akan dapat diatasi oleh Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
"Kita percaya dengan kepimpinan beliau tetapi isu ini perlu diselesaikan secepat mungkin dan jangan dipandang mudah kerana ia bukan melibatkan nilai yang sedikit," ujar beliau.
Sumber Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus
0 Response to "Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus"
Post a Comment