SEBELUM ini, sewaktu hubungan Justin Bieber dan Selena Gomez berantakan, lagu nyanyian Bieber, Love Yourself, mendapat perhatian ramai.
Lagu ciptaan Ed Sheeran yang diterbitkan pada 2015 itu dikatakan menggambarkan kisah sebenar situasi hubungan Bieber dan Gomez ketika itu.
Antara lirik yang menjadi perbualan adalah 'My mama don't like you, and she likes everyone', yang seolah-olah memberi gambaran hubungan mereka tidak direstui ibu Bieber.
BACA: Selena Gomez perjelas sebab kembali berbaik dengan Justin Bieber
BACA: Cinta terhalang? Keluarga Selena Gomez enggan terima Justin Bieber semula
Namun dalam satu temubual dengan majalah People baru-baru ini, ibu Bieber, Pattie Mallette, ketika diminta memberi komen mengenai hubungan anaknya dengan Gomez yang dilaporkan kembali terjalin, memberitahu dia sememangnya sangat menyukai Gomez.
"Saya tidak tahu status hubungan mereka ketika ini kerana Justin tidak memberitahu saya apa-apa. Tapi saya tidak ada masalah dengan Selena kerana saya menyukainya.
"Saya menyokong apa sahaja yang dilakukan Justin. Jika dia sayangkan Selena, saya juga begitu.
"Saya pernah bertemu dengan Selena. Pendapat saya, dia seorang yang sangat bernilai dan mudah untuk disayangi," kata Mallette.
Sebelum ini terdapat desas desus hubungan Bieber dan Gomez kembali bertaut, namun tiada pengesahan rasmi daripada mereka setakat ini.
Sumber
Ibu Justin Bieber beri 'lampu hijau' kepada Selena Gomez
Related Posts :
Video terminal bas Kampung Melayu Jakarta Timur digegarkan dua letupan, 2 terbunuhDUA letupan menggegarkan terminal bas di Kampung Melayu, di Jakarta Timur dan menurut polis, dua terbunuh, termasuk penyerang dalam kejadian… Read More...
Curi tembikai, beras, belut dan makanan sejuk beku: Kumpulan yakuza kini amat miskin hingga terpaksa mencuri makananKEHIDUPAN sebagai samseng ‘yakuza’ di Jepun semakin sukar menyebabkan ada anggota kumpulan itu terpaksa mencuri makanan di pasar raya untuk … Read More...
Kereta polis kena clamp jadi bahan sindiran: “kau fikir kau siapa”Gambar kereta peronda polis yang tayarnya dikapit mengundang sindiran pengguna media sosial.
Foto kenderaan itu, diparkir di depan restoran… Read More...
Video: Sherry Ibrahim merajuk dengan dunia lakonan?JARANG muncul di televisyen membuatkan ramai peminat menyangka pelakon cantik ini merajuk dalam bidang lakonan. Walau bagaimanapun, Sherry I… Read More...
“I pi memang nak tengok bola, bukan nak tengok pemain bola. I tak nak pemain bola” – Janna Nick tolak pemain bola sebagai kekasihPelakon yang baru memenangi anugerah Pelakon Wanita Popular, Janna Nick memang seorang penyokong tegar pasukan bola sepak negeri Kedah.
&nbs… Read More...
0 Response to "Ibu Justin Bieber beri 'lampu hijau' kepada Selena Gomez"
Post a Comment