INDIA digemparkan dengan kejadian kekejaman budak perempuan berusia enam tahun dirogol di negeri Haryana, Sabtu lalu, yang kematiannya disahkan akibat kemaluan mangsa dirodok dengan kayu.
Menurut laporan Times of India, selain saluran peranakan, bedah siasat juga menemui kesan kecederaan teruk dalam saluran dubur mangsa.
“Mangsa mati akibat diseksa dengan kemaluan serta dubur dirodok dengan kayu sepanjang 24 sentimeter.
“Rodokan kuat dan kasar itu menyebabkan kecederaan serius,” kata Dr Reetu Gupta yang melakukan bedah siasat.
Polis sudah menyola beberapa orang namun belum membuat sebarang penahanan. Antara yang disoal ialah anggota keluarga ibu bapa mangsa.
Mayat mangsa ditemui semalam, berdekatan rumahnya selepas budak itu hilang dari rumah dipercayai diculik pada malam sebelumnya.
Bapa mangsa yang bekerja dengan sebuah kilang kain perca berkata, dia bekerja pada malam kejadian dan anaknya disedari hilang oleh isterinya pada sebelah pagi.
Pasangan itu yang tinggal di atas sebidang tanah bersama empat keluarga saudara-mara dan mempunyai tiga lagi anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Penduduk melancarkan gerakan mencari sebelum mayat mangsa ditemui tidak jauh dari rumahnya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Budak perempuan 6 tahun dirogol kejam, kemaluan dan dubur dirodok dengan kayu 24 cm
0 Response to "Budak perempuan 6 tahun dirogol kejam, kemaluan dan dubur dirodok dengan kayu 24 cm"
Post a Comment