SEOUL: Lapan terbunuh apabila sebuah bot nelayan Korea Selatan karam di pantai barat negara itu hari ini, selepas bertembung dengan kapal pengisi minyak.
"Bot itu membawa dua nelayan dan 20 penumpang ketika ia bertembung di perairan berhampiran Incheon di barat Seoul," kata seorang pengawal pantai dalam satu taklimat media.
Setakat ini, dua orang masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat giat dilakukan membabitkan lima helikopter dan 19 kapal.
"Presiden Moon Jae-in sudah mengeluarkan arahan supaya semua langkah diambil untuk mencari mereka yang hilang," kata jurucakapnya kepada pemberita.
Dalam pada itu, mereka yang diselamatkan sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Menurut pengawal pantai, punca nahas masih belum dapat disahkan. - Reuters
Sumber Bot karam di Korea Selatan
0 Response to "Bot karam di Korea Selatan"
Post a Comment