"Nantilah, kena tunggu masa dulu.
"Lagipun, suami tak berapa gemar sangat nak berkongsi sebab ia masih dalam perut dan belum cukup sifat lagi.
"Jadi, saya kena akur," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Sebelum ini, pelantun lagu Segala Perasaan ini memuat naik video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya menerusi akaun Instagramnya (IG), baru-baru ini. Bagaimanapun, video itu didapati sudah dipadamkan daripada akaunnya, tidak lama selepas itu.
"Tak ada apalah, semua itu sebab saya rasa seronok. Saya bukan nak berahsia sangat tapi nantilah. Bila tiba masa, baby boy atau girl, pasti akan tahu juga nanti," katanya.
Mencecah enam bulan usia kehamilannya, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui tahap kesihatannya semakin baik. Bahkan, katanya, doktor turut menasihatkan untuk terus bergiat aktif.
Pada masa sama, penyanyi lagu Terbaik Bagimu ini juga bersyukur apabila alahan yang dialami semakin berkurangan.
"Alahan itu masih ada, tapi dah berkurang sikit, cuma ia tak tentu dan bergantung pada mood.
"Tapi, saya masih tak boleh makan makanan pedas sedangkan itu kegemaran saya," katanya.
Sumber Baby Boy atau Girl? Nantilah, Kena Tunggu Masa - Siti Nurhaliza
0 Response to "Baby Boy atau Girl? Nantilah, Kena Tunggu Masa - Siti Nurhaliza"
Post a Comment