JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Bapa Bola Sepak Johor, Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor.
Tunku Ismail, yang merupakan pemilik Kelab Bola Sepak JDT, berkata kemenangan itu sebagai janji beliau kepada allahyarham untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor.
"Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
"Saya dedikasikan piala ini kepada arwah Dato' Suleiman Mohd Noor yang baru meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991," kata Tunku Ismail menerusi catatan di Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini.
Tunku Ismail berkata walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan JDT, tetapi ia satu pencapaian dan ingin dedikasikan piala berkenaan kepada allahyarham bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bola Sepak Johor.
Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta keluarga JDT serta tahniah kepada pemain, pegawai dan pengurusan pasukan.
JDT, semalam, dinobatkan juara Piala Malaysia 2017 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.
-- BERNAMA
Sumber
TMJ dedikasi Piala Malaysia kepada Allahyarham Datuk Suleiman
Related Posts :
[VIDEO] Wanita Teruja Nak Makan Wafel, Sekali Si Bulus Dah ‘Rasmikan’ DuluSiapa yang pernah bela kucing pasti tahu akan perangai si bulus ini yang suka mengganggu tuannya. Kadang kala nak makan pun susah. Mana tida… Read More...
Solek pengantin memang dah pro, buat ‘show’ pun boleh! MUA ini pernah cuba nasib uji bakat program realiti TV… tak tolak rezeki ‘pakej 2 in 1’DI sebalik hasil solekan yang cantik, tiada siapa dapat menduga seorang jurusolek artis (MUA) mempunyai bakat terpendam.
Kebolehannya itu di… Read More...
Nak Masak ‘Breakfast’ Tak Sempat, Tengku Zafrul Usahakan ‘Lunch’ Di Rumah, Raikan Birthday Isteri!Dalam menghargai pasangan, paling penting adalah ‘usaha’ untuk meraikananya. Walaupun hanya usaha kecil, namun pastinya ia sangat bermakna. … Read More...
Wanita Ditinggal Kekasih Sebab Tak Makan ‘Pecal’, Anggap Tak Boleh Hidup SusahDitinggal kekasih boleh menyebabkan seseorang berasa sedih dan kec3wa. Tetapi rasa pedih itu lagi terasa apabila hubungan terputus di tengah… Read More...
Oyen redah 2km rentas bandar, jalan raya pulang ke rumah sewa pemilik. Netizen speku – “Mesti ada gf dia kat sana.”Keletah si Oyen ini memang bikin pemiliknya kecut perut. Bayangkan selepas sebulan berpindah ke rumah yang telah siap diubahsuai, Oyen tiba-… Read More...
0 Response to "TMJ dedikasi Piala Malaysia kepada Allahyarham Datuk Suleiman"
Post a Comment