Dr Siti Mariah Mahmud berkata MAB dan AirAsia boleh menyediakan seragam alternatif untuk pramugari yang mahu bertudung. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 25 Nov — Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mencabar kerajaan mengubah polisi Malaysia Airlines (MAB) dengan membenarkan pramugari bertudung.
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara berkata MAB dan AirAsia boleh menyediakan seragam alternatif untuk pramugari yang mahu bertudung.
“Saya cabar kerajaan dan Nazri — MAB syarikat berkaitan kerajaan. Apa sahaja penerbangan beroperasi dalam negara, ia kuasa Malaysia.
“Jika mereka mengambil pekerja Muslim dari Malaysia. Mereka patut beri pilihan,” kata ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud kepada Malay Mail Online.
Sementara itu, ahli Parlimen Lembah Pantai menggesa pemilik syarikat dan industri pelancongan menyediakan seragam alternatif kepada pekerja wanita.
Nurul Izzah Anwar berkata melalui kaedah itu pekerja wanita dapat menjalankan tugas selain memenuhi tuntutan untuk menutup aurat.
“Saya menjangkakan kerajaan tidak akan mengambil masa untuk melaksanakan polisi ini kepada MAB dengan segera kerana syarikat itu milik Khazanah Nasional,” katanya.
Baca selanjutnya di Malay Mail Online.
Sumber PH: Bukan hanya hotel, benarkan juga pramugari bertudung
0 Response to "PH: Bukan hanya hotel, benarkan juga pramugari bertudung"
Post a Comment