Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah. — Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU, 26 Nov ― Seorang pemuda mengaku bersalah melakukan gangguan seksual terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun Ogos lalu.
Mohd Mazlan Tambrin, 20, dituduh memegang kemaluan lelaki itu di sebuah pasar raya di Kuala Nerus, kira-kira 8.20 malam, 27 Ogos lalu, lapor Sinar Harian.
Tertuduh berasal dari Pulau Pinang didakwa bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. Dia dipenjara tujuh tahun dan lima sebatan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa terserempak tertuduh, yang tidak dikenalinya, sebanyak dua kali sewaktu berada di pasar raya itu, pada tarikh itu.
Sewaktu remaja itu terserempak Mazlan kali kedua, pemuda itu mengajak mangsa berbual dan pergi tandas sebelum melakukan perbuatan “tidak senonoh”.
Remaja yang tidak berpuas hati diperlakukan demikian, diugut tidak membocorkan rahsia tersebut.
Mangsa bagaimanapun membuat aduan kepada ibu bapanya sebelum ke balai polis Gong Badak.
Sumber Pegang kemaluan remaja, pemuda disebat, penjara tujuh tahun
0 Response to "Pegang kemaluan remaja, pemuda disebat, penjara tujuh tahun"
Post a Comment