Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid, operasi mencari mangsa Ahmad Fawas Atikullah, akan disambung jam 7 pagi Isnin.
Pihaknya bersama lapan anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air, PPDA telah melakukan pencarian selepas dimaklumkan mengenai kejadian, namun gagal menemuinya.Operasi mencari dihentikan jam 8.10 malam Ahad.
"Mangsa dipercayai dihanyutkan oleh arus deras atau kepala air, keadaan sungai yang deras menyukarkan pencarian" katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang Ahad mangsa dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai berkenaan.
Sumber Operasi mencari kanak-kanak jatuh sungai disambung esok
0 Response to "Operasi mencari kanak-kanak jatuh sungai disambung esok"
Post a Comment