LONDON: Manchester United gagal dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas tewas kepada Chelsea 0-1, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad The Red Devils yang kekal di tangga kedua ketinggalan lapan mata di belakang City yang mengukuhkan cengkaman di tangga teratas hasil kemenangan ke atas Arsenal 3-1 dalam perlawanan awal.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea merapatkan jurang dengan penghuni tangga ketiga, Tottenham Hotspur apabila anak buah Antonio Conte yang mengumpul 22 mata kini hanya dipisahkan satu mata di kedudukan keempat.
PEMAIN Chelsea, Eden Hazard dikawal dua pemain United pada aksi EPL di Stamford Bridge. - Foto AFP
Dalam aksi di Stamford Bridge, penyerang Sepanyol, Alvaro Morata muncul wira Chelsea apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-55.
Morata membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila dia menanduk masuk bola hasil hantaran silang rakan senegara Cesar Azpilicueta dari sebelah kanan.
PEMAIN Everton, Leighton Baines (kiri) menjaringkan gol kemenangan pasukan ketika menewaskan Watford di Goodison Park. - Foto AFP
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Everton bangkit selepas ketinggalan dua gol sebelum menang 3-2 ke atas Watford.
Watford berada di depan menerusi jaringan Richarlison pada minit ke-46 dan Christian Kabasele (m-64) tetapi Everton bangkit menerusi gol Oumar Niasse (m-67), Dominic Calvert-Lewin (m-74) dan Leighton Baines yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-91.
Watford berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-99 apabila mendapat sepakan penalti namun percubaan Tom Cleverley tersasar ke sebelah kiri gol Toffees. - Reuters
Sumber Morata pemisah Blues, Red Devils
0 Response to "Morata pemisah Blues, Red Devils"
Post a Comment