Foto: Facebook/Miss Universe
Cantik dan bijak, memang layak Miss Afrika Selatan ini dijulang sebagai Miss Universe 2017. Tahniah diucapkan pada Demi-Leigh Nel-Peters, 22, yang baharu sahaja diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2017.
92 wanita cantik dari seluruh dunia berhimpun di The Axis, Planet Hollywood, Las Vegas bagi menjayakan pertandingan Miss Universe 2017 untuk penganjuran kali ke-66.
Cantik, bijak dan berkarisma telah mengangkat Miss Afrika Selatan ini menewaskan 91 wanita lain. Kemenangan Demi-Leigh disempurnakan oleh Miss Universe 2016, Iris Mittenaere dari Perancis yang meletakkan tiara indah Miss Universe di kepalanya.
Demi-Leigh berjaya mencuri perhatian dan menambat hati para juri yang terdiri daripada Ross Mathews, Lele Pons, Jay Manel, Megan Olivi, Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach serta Wendy Fitzwilliam. Tidak hanya fizikalnya menawan, Demi-Leigh turut berjaya bergelar graduan pengurusan bisnes di Universiti North West.
Pertandingan dimulakan dengan peragaan pakaian renang, peragaan gaun petang serta sesi soal jawab. Demi-Leigh bersaing bersama Miss Jamaica yang berada di tempat kedua dan Miss Columbia selaku tempat ketiga.
Senarai Top 10 Miss Universe 2017 kali ini adalah Miss Venezuela, Miss Amerika Syarikat, Miss Filipina, Miss Kanada, Miss Afrika Selatan, Miss Sepanyol, Miss Brazil, Miss Colombia, Miss Thailand dan Miss Jamaica.
Malaysia diwakili oleh Samantha Katie James yang turut mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia. Biarpun tidak tersenarai dalam top 10, Samantha sudah berikan yang terbaik dalam mengharumkan nama tanahair.
Sumber Miss Afrika Selatan, Demi-Leigh Nel-Peters Dinobatkan Sebagai Miss Universe 2017
0 Response to "Miss Afrika Selatan, Demi-Leigh Nel-Peters Dinobatkan Sebagai Miss Universe 2017"
Post a Comment