Mayat berkenaan kemudian dibawa ke jeti APMM Pulau Kambing dan diserah kepada Polis Marang untuk siasatan lanjut. ― Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU 20 Nov ― Mayat tanpa kepala dijumpai tiga nelayan tempatan di perairan Pulau Kapas, di sini, petang semalam.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli dalam satu kenyataan berkata mayat yang dipercayai lelaki itu dijumpai dalam keadaan separuh reput, tanpa pakaian dan tidak mempunyai pengenalan diri pada jarak 10.8 batu nautika dari Pulau Kapas.
Menurut beliau sebaik menerima panggilan, bot maritim yang dalam perintah pengoperasi dan masih berada di laut telah bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.
Namun ia mengambil masa yang agak lama untuk menemui mayat tersebut berikutan keadaan laut bergelora.
Mayat berkenaan kemudian dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) DM 9 Pulau Kambing pada 6.30 petang dan telah diserah kepada Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut.
Kelmarin, satu mayat tanpa identiti dan masih memakai seluar trek hitam turut dijumpai nelayan tempatan pada kedudukan 11 batu nautika dari Pulau Kapas lebih kurang pukul 5.00 petang. ― Bernama
Sumber Mayat tanpa kepala pula ditemui dekat Pulau Kapas
0 Response to "Mayat tanpa kepala pula ditemui dekat Pulau Kapas"
Post a Comment