Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin.
“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.
“YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim,” menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, di ruangan komen pengguna laman sosial memuji tindakan kelab bola sepak tersebut, termasuk rakyat Pulau Pinang sendiri.
Rata-rata mereka kagum dengan keprihatinan yang ditunjukkan kelab bola sepak tersebut.
Entri tersebut juga telah dikongsi lebih 2,600 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik 12 jam lalu.
JDT dinobat sebagai juara Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Sumber JDT beri wang kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir Pulau Pinang
0 Response to "JDT beri wang kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir Pulau Pinang"
Post a Comment