Datuk Mahfuz Omar, yang mesra dengan Pakatan Harapan, masih menggesa PAS bersama barisan pembangkang. ― Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 27 Nov — Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas akan mengikuti jejak Datuk Amiruddin Hamzah yang meninggalkan PAS semalam.
Ahli parlimen Pokok Sena diminta mengulas tindakan wakil rakyat Anak Bukit yang tiba-tiba menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Tidak timbul isu saya tidak akan keluar PAS atau tidak,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian, berhubung keuputusan bekas exco kerajaan Kedah itu.
“Ini signal [isyarat] untuk ahli PAS lain bahawa tidak ada masalah untuk mereka menyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun masih bersama PAS.”
Naib presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan menyifatkan tindakan Amiruddin itu sebagai “gentleman”, atau berani, berbanding Mahfuz.
“Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakkan parti,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Disisihkan susulan sikap tidak lagi sehaluan dengan PAS, Mahfuz juga tidak mahu isu bai’ah dijadikan alat menakutkan akar umbi yang menyokong PH.
“Jangan jadikan isi bai’ah ini untuk tutup kelemahan yang ada pada PAS dan bagi saya isu ini telah berlalu,” katanya.
Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan terkejut kerana Amiruddin “mudah berbincang dan tiada masalah dalam parti”.
Bai’ah wakil-wakil rakyat PAS, yang menyebabkan mereka jatuh talak tiga, sering menghalang mereka meninggalkan parti.
Namun ia tidak menghalang sejumlah daripada mereka menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) atau menyertai parti dalam PH.
Sumber Ikut jejak Amiruddin tinggal PAS? Mahfuz elak ulas
0 Response to "Ikut jejak Amiruddin tinggal PAS? Mahfuz elak ulas"
Post a Comment