“Heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” – Ancaman seks kanak-kanak, mohon baca

SAAT ini, manusia lebih teruk dari binatang. Hari demi hari, kes yang melibatkan rogol, cabul, liwat, raba, ugutan dan sebagainya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

“Heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” - Ancaman seks kanak-kanak, mohon baca

“Heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” – Ancaman seks kanak-kanak, mohon baca

Dek kerana agama makin dicekik, manusia sudak muak berkelakuan normal. Ya, hari ini lebih serius bilamana kanak-kanak menjadi ancaman untuk dijadikan pemuas nafsu kepada binatang bertopengkan manusia.

Tapi malang, ramai diantara kita masih memandang isu ini remeh.

Di media sosial khususnya, masih ramai ibu bapa yang taksub untuk memuat naik gambar anak-anak mereka dari sekecil bayi lagi.

Gambar anak baru lepas mandi, tidak berpakaian, anak tidur, anak bermain, dan boleh kata dari bukak mata sampai mereka tidur, gambar anak-anak semuanyaingin dimuat naik oleh ibu bapa.

Ramai yang berpra-sangka, “heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” Huh.

Tuan puan, sedarlah, dalam keseronokkan kita untuk mengejar like dan pujian nitizen pada gambar anak-anak kecil kita.

Wujud lagi ramai manusia bangsat ini yang memerhati anak-anak tuan puan dari jauh untuk dijadikan pemuas nafsu laknat mereka.

Lambakan child pornography hari ini buktinya nauzubillah.

Di barat, kes ancaman seks yang melibatkan kanak-kanak makin gila. Kita? Kajian menunjukkan kita kearah itu.

Jadi, untuk penulisan awal ini, saya merayu pada semua khususnya ibu bapa untuk sedar, jagalah anak tuan puan sebaiknya.

Kita berada di ambang dunia yang mana isi makhluknya jauh dari agama.

Sebarkan, moga maklumat ini dapat selamatkan masa depan anak-anak kita.

Aris Farhan,
Bandar Baru Bangi,
5 november 2017.

Sumber: Mynewshub



Sumber “Heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” – Ancaman seks kanak-kanak, mohon baca

Related Posts :

0 Response to "“Heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” – Ancaman seks kanak-kanak, mohon baca"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect