Polis menahan seorang lelaki berusia 84 tahun petang tadi, kerana disyaki mencabul tiga cucunya dalam kejadian dekat Bukit Raja di sini, sejak empat tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata perbuatan berkenaan terbongkar selepas seorang daripada mangsa yang berusia 10 tahun, enggan tidur di dalam bilik, awal pagi semalam.
Katanya, pelik dengan kejadian itu, ibu tiri mangsa yang berusia 38 tahun meminta kanak-kanak itu memberitahu punca keengganannya tidur di situ.
“Selepas dipujuk, mangsa akhirnya membuka mulut bahawa dia takut diganggu datuk yang ada di rumah mereka.
“Mangsa kemudian memberitahu datuk yang sakit dan uzur itu sering masuk ke dalam bilik tidurnya sejak dia berusia enam tahun.
“Datuknya akan memegang serta menggosok beberapa kali bahagian kemaluan mangsa dari luar. Perbuatan itu akan dihentikan selepas mangsa bersuara,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Mazelan berkata, mangsa juga mendakwa perbuatan berkenaan turut berlaku kepada dua kakaknya yang kini berusia 15 dan 16 tahun.
Katanya, kejadian berkenaan hanya berlaku ketika suspek tinggal sementara di rumah mereka, selain ketika ibu tiri serta ayah mangsa tidak ada di rumah.
“Mangsa memaklumkan suspek tidak pernah mengugut mereka tetapi mereka sendiri yang takut. Dua kakak mangsa itu kini sudah tinggal bersama ibu kandung mereka,” katanya.
Beliau berkata, sebaik mengetahui perkara terbabit, ibu tiri serta ayah mangsa bersemuka dengan suspek dan untuk bertanyakan hal berkenaan tetapi warga tua terbabit memberi alasan dengan mendakwa perbuatan itu tidak salah kerana mangsa adalah cucunya sendiri.
“Tidak puas hati dengan perkara itu, pasangan itu membuat laporan polis pada malam tadi dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Susulan laporan yang diterima, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul.
Sumber: BH Online
Sumber Datuk 84 tahun kantoi cabul 3 cucu dakwa perbuatannya tak salah kerana mereka cucunya sendiri
0 Response to "Datuk 84 tahun kantoi cabul 3 cucu dakwa perbuatannya tak salah kerana mereka cucunya sendiri"
Post a Comment