Memetik laporan mStar online, adik kepada pelakon Johan As'ari ini berkata, majlis pernikahan itu berlangsung secara kecil-kecilan diatas permintaan keluarga aktres berkenaan.
"Alhamdulillah, saya selamat menjadi suami Adibah pada petang Jumaat lalu di kediamannya di Jempol, Negeri Sembilan.
"Kami rancang majlis ini sudah lama dan pihak keluarga minta ia dilaksanakan dalam keadaan kecil-kecilan. Hanya keluarga kedua-dua belah pihak dan kawan rapat sahaja yang hadir," ujarnya.
Hazwan yang dikenali menerusi filem Puaka Balai Gombak ini menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu apabila dikenalkan oleh seorang rakan dalam sebuah majlis hiburan.
Pasangan ini merancang mengadakan majlis persandingan pada awal tahun depan.
Sumber Bukan Niat Nak Berahsia
0 Response to "Bukan Niat Nak Berahsia"
Post a Comment