Budak mati otak didera ibu meninggal dunia

Seorang budak lelaki mati otak sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat didera. — Paparan skrin GoogleSeorang budak lelaki mati otak sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat didera. — Paparan skrin GoogleKEPALA BATAS, 27 Nov — Budak lelaki berusia setahun yang dipercayai didera ibu kandungnya, meninggal dunia akibat pendarahan otak.

Ketua polis daerah Seberang Perai Utara berkata mangsa koma sebelum mati otak jam 10.45 pagi tadi di Hospital Pulau Pinang, lapor Berita Harian.

“Polis menerima panggilan daripada hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat mati otak dan pada jam 5.05 petang tadi, denyutan jantung mangsa berhenti sepenuhnya,” katanya.

ACP Noorzainy Mohd Noor berkata kes yang asalnya disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Rabu lalu, mangsa didera ibunya, 26 tahun, warga Indonesia di rumahnya di Lahar Kepah dekat sini, mengakibatkan mangsa lebam di badan, dahi dan pipi.

Wanita itu direman hingga 6 Disember bagi membantu siasatan.



Sumber Budak mati otak didera ibu meninggal dunia

Related Posts :

0 Response to "Budak mati otak didera ibu meninggal dunia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect