Syafinaz pertikai hadiah juara AF Megastar cuma RM100,000: “Ia seolah-oleh taraf penyanyi di Malaysia ini begitu rendah”

whatsapp-image-2017-10-16-at-3-14-02-pm

Penyanyi serta pengkritik professional tanah air, Syafinaz Selamat telah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila pemenang untuk AF Megastar hanya diberikan wang tunai sebanyak RM100,000.

Kenyataan Syafinaz itu boleh ditonton di konsert AF Megastar minggu lalu sewaktu pengacaranya Datuk Aznil Haji Nawawi mengumumkan tentang hadiah yang bakal dibawa pulang juara AF Megastar.

Syafinaz sewaktu ditemui di sidang media sejurus konsert tamat berkata, RM100,000 itu tidak setaraf dengan penat lelah serta perjuangan peserta-peserta AF Megastar.

“Saya bukan mahu menidakkan rezeki orang lain, tetapi kenapa untuk pertandingan lawak hadiahnya sehingga mencecah setengah juta? Tetapi untuk pertandingan nyanyian hanya RM100,000, ” luahnya.

Kata Syafinaz lagi, ia tidak adil bagi penyanyi yang turut bergelut dan bersusah payah memberikan persembahan yang terbaik sepanjang pertandingan.

“Bagi saya ia seolah-oleh taraf penyanyi di Malaysia ini begitu rendah”, katanya.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Syafinaz tu. Kalau pelawak boleh dapat RM500,000 kenapa tidak penyanyi kan? Mungkin pihak penganjur harus memandang berat tentang perkara ini.

 

Sumber: Suria



Sumber Syafinaz pertikai hadiah juara AF Megastar cuma RM100,000: “Ia seolah-oleh taraf penyanyi di Malaysia ini begitu rendah”

Related Posts :

0 Response to "Syafinaz pertikai hadiah juara AF Megastar cuma RM100,000: “Ia seolah-oleh taraf penyanyi di Malaysia ini begitu rendah”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect