Lapor portal berita The Jakarta Post, Benjy, 38, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim berdepan dakwaan itu kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 2009 republik tersebut.
Pelakon berkenaan ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Wilayah Deli Serdang, Medan, pada 18 April lalu, bersama bahan terlarang berkenaan yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.Pelakon itu ditahan kerana menunjukkan tindakan yang mencurigakan selain motif kedatangannya ke Indonesia diragui.
Benjy yang juga anak kepada seniwati Azean Irdawaty, juga pernah berdepan dengan dakwaan berkaitan dadah di Malaysia, termasuk pertuduhan menyeludup.
Sumber Seludup syabu ke Indonesia: Pendakwa raya mahu Benjy dipenjara 14 tahun, didenda Rp800 juta
0 Response to "Seludup syabu ke Indonesia: Pendakwa raya mahu Benjy dipenjara 14 tahun, didenda Rp800 juta"
Post a Comment