KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk memberi impak yang positif terhadap kehidupan masyarakat India di negara ini seiring dengan kecemerlangan negara.
Perdana Menteri berkata kemeriahan sambutan Deepavali tahun ini adalah sangat istimewa dengan aspirasi dan azam diukir dalam Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dilancarkan April lepas.
"Kini Deepavali kembali, menyerikan suasana. Pelita yang dinyalakan dan kolam yang dihias mencerminkan suasana meriah dalam kedamaian," katanya dalam perutusan Deepavali menerusi Facebook beliau, pada Isnin.
Najib berkata pencapaian Malaysia yang sama-sama dapat dilihat dan dinikmati pada hari ini meletakkan negara pada tahap yang amat membanggakan.
"Walaupun semakin hari kita semakin pantas mendaki puncak kemodenan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia, namun keunikan budaya tetap kekal kita pelihara.
"Selamat Menyambut Hari Deepavali. 'Deepavali Vaalthukal'," katanya merujuk sambutan perayaan itu Rabu ini.
Pada 23 April lepas, Najib melancarkan MIB sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Sumber
PM Najib bertekad beri impak positif kepada masyarakat India
Related Posts :
Ganjaran RM50,000 untuk tangkap saksi utama kes pembunuhan pengurus bankKeluarga seorang pengurus bank yang mati dibunuh di Hulu Sungai Merah, Sibu, Sarawak lima tahun lalu, menawarkan wang RM50,000 kepada indivi… Read More...
“Siapa yang tahu tu, tahulah” – Benarkah anggota bomba yang viral kerana suara iras Saleem ini anak Saleem?Ramai yang tertanya-tanya benarkah anggota bomba yang iras suara penyanyi Saleem Iklim itu adalah ayahnya. Untuk itu, MH Online telah … Read More...
Wow! Penyanyi Korea cover lagu Permata Cinta Aiman TinoSeorang penyanyi lelaki Korea Selatan, Kim Dong Gyun dari Zigma Band telah menyanyikan semula lagu terbaharu Aiman Tino berjudul Permata Cin… Read More...
Pelakon Nadya Syahera Selamat Bersalin, Namakan Anak Aleena RosePelakon Nadya Syahera selamat melahirkan cahaya mata pertama semalam dan menamakannya, Aleena Rose.
Pelakon Nadya Syahera Selamat Bersalin,… Read More...
Video maki hamun pemandu Uber jadi viral, CEO Uber mohon maaf
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Travis Kalanick terpaksa memohon maaf kepada seorang pemandu syarikatnya selepas rakaman video beliau m… Read More...
0 Response to "PM Najib bertekad beri impak positif kepada masyarakat India"
Post a Comment