Penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy di majlis pertunangan Jumaat lalu. — Foto ihsan Instagram/Elfira Loy KUALA LUMPUR, 8 Okt — Penyanyi Sufian Suhaimi tidak melatah apabila majlis pertunangannya dengan pelakon Elfira Loy kelmarin dikecam hebat.
Baginya, majlis itu “cukup bermakna” walau dikritik ibarat acara perkahwinan yang gah dengan pelbagai tajaan, busana dan perhiasan cantik.
Menurutnya, pada mulanya mereka mahu mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan, melibatkan anggota keluarga terdekat, lapor Berita Harian.
“Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput.
“Justeru, liputan yang diterima cukup meluas,” katanya, yang menambah ia kelihatan “gah dan lebih besar” kerana banyak pihak sudi kerjasama.
Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan Mac depan.
Sumber Penyanyi Sufian tidak melatah majlis tunang dikecam
0 Response to "Penyanyi Sufian tidak melatah majlis tunang dikecam"
Post a Comment