Mohamad Sabu tidak percaya DAP mampu mendapat majoriti dua pertiga Dewan Rakyat bagi meminda perlembagaan. ― Foto oleh Yusof Mat Isa PETALING JAYA, 8 Okt — DAP tidak mampu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, kata presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
Menjawab tuduhan PAS, Mohamad Sabu tidak percaya DAP mampu mendapat majoriti dua pertiga Dewan Rakyat bagi meminda perlembagaan, lapor Malaysiakini.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata sekutu Amanah itu juga perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu untuk menukar status agama negara.
“Bolehkah DAP mendapat majoriti dua pertiga di parlimen?” kata Mohamad dalam ceramahnya di Penanti, Seberang Perai Tengah semalam.
“Katakanlah mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga, tapi adakah anda fikir Raja-raja Melayu akan bersetuju dengan cadangan itu?”
Penyokong parti itu dan Pakatan Harapan (PH) yang di hadir di program itu kemudiannya melaungkan “tidak”.
Bulan lalu, ketua Pemuda PAS dilapor mendakwa DAP dibayangi agenda penyebar Kristian dan bercita-cita menjadikan Malaysia negara sekular.
Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan itu berkata mengundi PH, yang turut disertai PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ibarat mengundi DAP.
“DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Amanah, PPBM dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya,” katanya seperti dilaporkan.
Sumber Mat Sabu jawab PAS: DAP tidak tukar negara jadi Kristian
0 Response to "Mat Sabu jawab PAS: DAP tidak tukar negara jadi Kristian"
Post a Comment