Manjung: Empat pelanggan syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi di negeri ini mendesak syarikat itu mengotakan janji memulangkan semula wang pembayaran pakej perkahwinan selepas didakwa masih gagal berbuat demikian hingga kini.
Janji nak bayar tapi tiada, 4 pelanggan desak Zurin Jundi wedding planner pulangkan semula wang mereka
Nada kecewa itu diluahkan Julia Ahmad, 31, kakak kepada seorang bakal pengantin yang mendakwa tertipu dengan perancang perkahwinan Zurin Jundi yang dikatakan tidak menepati janji apabila mahu memulangkan bayaran kepada pelanggannya.
Menurut Julia, mereka sekeluarga membayar RM16,400 untuk majlis resepsi di kedua-dua belah pihak termasuk duit pengangkutan seperti yang diminta pihak butik terbabit.
“Adik lelaki saya mengambil pakej RM10,000 untuk kedua-dua majlisnya namun dikurangkan kepada RM8,000 untuk satu pakej kerana mengurangkan jumlah tetamu.
“Bayaran penuh sudah dibayar termasuk RM400 untuk caj pengangkutan ke majlis yang bakal berlangsung 16 dan 17 Disember ini di Kampung Changkat Jering, Taiping,” katanya ketika ditemui di Seri Manjung, di sini, semalam.
Sumber: Metro
Sumber Janji nak bayar tapi tiada, 4 pelanggan desak Zurin Jundi wedding planner pulangkan semula wang mereka
0 Response to "Janji nak bayar tapi tiada, 4 pelanggan desak Zurin Jundi wedding planner pulangkan semula wang mereka"
Post a Comment